Saturday, May 2, 2009

Minggu 19 (4/5/09-8/5/09)

Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 4/5/09 (Isnin)
Kelas 6AK1
Tajuk Nasionalisme Thailand
Objektif Menghuraikan perkembangan nasionalisme Thailand pada zaman pemerintahan Mongkut, Chulalongkorn, Vajiravudh dan Prajadhipok.
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah
  2. nota
Kbkk
  1. menganalisis
  2. menyusun peristiwa
Nilai/Unsur patriotisme kerjasama
Konsep/Istilah
  1. liberalisme
  2. korupsi
Refleksi Objektif P&P tercapai.

Mata pelajaran Sejarah
Tarikh 4/5/09 (Isnin)
Kelas 5K2 dan 5S3
Tajuk Mula Bab 6: Pengukuhan negara dan bangsa Malaysia.
  • Cadangan ke arah pembentukan Malaysia.
Objektif Menghuraikan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia.
Kaedah/Aktiviti
  1. Kuliah.
  2. Sumbangsaran
Kbkk Menyenaraikan
Nilai/Unsur patriotisme sedia menerima pandangan orang lain/berfikiran terbuka
Konsep/Istilah Gagasan Malaysia.
Refleksi Pelajar dapat menyatakan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia.

Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 5/5/09 (Selasa)
Kelas 6AK1 dan 6AK3
Tajuk Revolusi Thailand 1932.
Objektif
  1. Menjelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi Thailand 1932 dan proses perkembangannya,terutama semasa pemerintahan Raja Prajadhipok.
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah
  2. menyusun mengikut kronologi
Kbkk menganalisis
Nilai/Unsur patriotisme kerjasama
Konsep/Istilah
  1. liberalisme
  2. nepotisme
Refleksi Pelajar dapat menjelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi Thailand 1932 dan proses perkembangannya,terutama semasa pemerintahan Raja Prajadhipok.

Mata pelajaran Sejarah
Tarikh 6/5/09 (Rabu)
Kelas 5K3
Tajuk Reaksi dalam negeri terhadap pembentukan Malaysia
Objektif Menjelaskan reaksi negara yang dicadangkan dalam pembentukan Malaysia iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kaedah/Aktiviti nota dan penerangan
Kbkk menjelaskan
Nilai/Unsur patriotisme kerjasama
Konsep/Istilah
  1. referendum
  2. tuntutan perkara 20
  3. hak wilayah asingan
Refleksi Pengajaran berjalan lancar.

Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 6/5/09 (Rabu)
Kelas 5K2 dan 5S3
Tajuk Faktor-faktor pembentukan Malaysia
Objektif Menjelaskan faktor-faktor ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi pembentukan Malaysia
Kaedah/Aktiviti membuat penerangan berpandukan nota ringkas yang dicatat di papan tulis.
Kbkk menjelaskan
Nilai/Unsur patriotisme
  1. kerjasama
  2. perpaduan
Konsep/Istilah
  1. dekolonisasi
  2. kependudukan
Refleksi Pelajar dapat menjelaskan faktor-faktor ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi pembentukan Malaysia

Mata pelajaranSejarah 2
Tarikh7/5/09 (Khamis)
Kelas6AK1 dan 6AK3
TajukPerkembangan nasionalisme Thailand selepas Revolusi 1932 hingga selepas Perang Dunia kedua.
Objektif
  1. Menyusun perkembangan nasionalisme Thailand di bawah kerajaan demokrasi,
  2. Menjelaskan sebab-sebab kekerapan pertukaran pucuk pimpinan dan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan setiap perdana menteri terutamanya zaman Pibul Songgram dan semasa Perang Dunia Kedua.
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah dan nota (6AK1)
  2. Pembentangan oleh kumpulan Nazia dan perbincangan (6AK3)
Kbkk
  1. menganalisis
  2. menyusun peristiwa
Nilai/Unsur patriotismekerjasama
Konsep/Istilah
  1. Nasionalisme anti-China
  2. Gerakan Free Thai
  3. Pihak Berikat
Refleksi P&P bagi 6AK1 selesai. Bagaimanapun, pembentangan bagi kelas 6AK3 terpaksa ditunda kerana pelajar-pelajar kelas berkenaan dibenarkan balik awal pada hari ini, sebaik sahaja selesai ujian MUET.

Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 7/5/09 (Khamis)
Kelas 5K3
Tajuk Reaksi luar negeri terhadap pembentukan Malaysia.
Objektif menjelaskan tindakbalas Indonesia dan Filipina terhadap isu pembentukan Malaysia.
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah
  2. nota
Kbkk
  1. menyatakan sebab dan akibat
  2. menyusun peristiwa
Nilai/Unsur patriotisme
  1. muafakat membawa berkat
  2. bersatu menentang sebarang ancaman luar
Konsep/Istilah
  1. Ganyang Malaysia
  2. konfrontasi
Refleksi P&P belum selesai kerana sebahagian masa digunakan untuk membuat ulangkaji sebagai persediaan menghadapi Peperisaan Pertengahan Semester Pertama.


Tarikh 8/5/09 (Jumaat)
Catatan Tiada P&P pada hari ini kerana semua pelajar mengadakan
Kajian Luar Geografi di Lundu.

1 comment:

  1. RPH Minggu 19 Cikgu disemak. Teratur. Kemas kini. Menarik. Pautan berkaitan dan bermakna.Terima kasih.

    ReplyDelete