Wednesday, April 1, 2009

Minggu 15 (6/4/09-10/4/09)

Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 6/4/09 (Isnin)
Kelas 6AK1
Tajuk
  1. Pendudukan Jepun dan kemerdekaan Indonesia.
  2. Peranan Jepun dalam gerakan nasionalisme Indonesia.
Objektif
  1. Menyusun langkah-langkah pencapaian kemerdekaan Indonesia.
  2. Menjelaskan peranan Jepun dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Indonesia.
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah dan sumbangsaran.
  2. Merujuk contoh soalan STPM iaitu dalam bentuk perbandingan antara Indonesia dan Myanmar.
Kbkk Menganalisis
Nilai/Unsur patriotisme bersemangat setia negara.
Konsep/Istilah
  1. Komanwel
  2. pemerintah 'de facto'
  3. prinsip Pancasila
  4. status-quo
Refleksi Pengajaran berjalan lancar. Objektif yang diharapkan tercapai.

Mata pelajaran Sejarah
Tarikh 6/4/09 (Isnin)
Kelas 5K2 dan 5S3
Tajuk
  1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948
  2. Tokoh-tokoh penggerak PTM.
Objektif
  1. Menjelaskan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.
  2. Menyenaraikan tokoh-tokoh dari kalangan pemerintah dan rakyat yang terlibat dalam perjan jian PTM.
Kaedah/Aktiviti Membuat penerangan dengan membandingkan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 dan ciri-ciri Malayan Union 1946.
Kbkk
  1. mencirikan
  2. membandingbeza
Nilai/Unsur patriotisme
  1. kerjasama antara golongan pemerintah dan yang diperintah
  2. menghargai sumbangan tokoh.
Konsep/Istilah
  1. status quo
  2. Rakyat Raja Melayu
  3. Rakyat British.
Refleksi P&P selesai.


Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 7/4/09 (Selasa)
Kelas 6AK1
Tajuk Perkembangan nasionalisme di Burma
Objektif
  1. Menganalisis latar belakang kemunculan gerakan nasionalisme di Burma
  2. Menghuraikan peranan golongan agama seperti Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme awal di Burma.
Kaedah/Aktiviti
  1. perbincangan
  2. sumbangsaran.
Kbkk menganalisis
Nilai/Unsur patriotisme
  1. kerjasama
  2. bersemangat setia negara.
Konsep/Istilah
  1. pemerintahan Diarchy/dua lapis
  2. Pembaharuan Montagu-Chelmsford
  3. hak self-determination.
Refleksi Pelajar dapat mengaitkan latar belakang kemunculan gerakan nasionalisme dan peranan golongan agama seperti Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme awal di Burma.

Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 7/4/09 (Selasa)
Kelas 6AK3
Tajuk Peranan golongan Pongyi dalam gerakan nasionalisme di Burma.
Objektif Menghuraikan peranan golongan Pongyi dalam gerakan nasionalisme awal di Burma.
Kaedah/Aktiviti
  1. pembentangan oleh kumpulan Aleysius
  2. soal jawab antara pembentang, guru dan pelajar.
  3. rumusan pembentangan.
Kbkk menganalisis
Nilai/Unsur patriotisme bersemangat setia negara.
Konsep/Istilah Pongyi.
Refleksi Pembentangan tidak dapat dijalankan kerana pembentang tidak hadir. Mereka terlibat dalam aktiviti di luar sekolah. Guru mengajar seperti biasa.Mereka akan diberi tajuk lain untuk dibentangkan. Objektif P&P tercapai.


Mata pelajaran Sejarah
Tarikh 8/4/09 (Rabu)
Kelas 5K2 dan 5S3
Tajuk Pergerakan politik di Sabah dan Sarawak.
Objektif Menganalisis pergerakan politik di Sabah dan Sarawak semasa ia akan diserahkan kepada kerajaan British iaitu sejurus selepas Perang Dunia ke-2.
Kaedah/Aktiviti Kuliah dan sumbangsaran.
Kbkk
  1. menganalisis
  2. membandingbeza.
Nilai/Unsur patriotisme perpaduan.
Konsep/Istilah Perlembagaan 1941.
Refleksi Pelajar dapat menjelaskan ciri-ciri perbandingan pergerakan politik di Sabah dan Sarawak.


Mata pelajaran Sejarah
Tarikh 8/4/09 (Rabu)
Kelas 5K3
Tajuk Mula Bab 5: Pembinaan negara dan bangsa yang merdeka.
  • Sistem Ahli
Objektif Menyatakan ciri-ciri dan kepentingan Sistem Ahli
Kaedah/Aktiviti
  1. kuliah
  2. mencari maklumat.
Kbkk menganalisis.
Nilai/Unsur patriotisme kerjasama semua kaum asas perpaduan nasional.
Konsep/Istilah
  1. Ahli
  2. Porfolio.
Refleksi Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri dan kepentingan Sistem Ahli


Mata pelajaran Sejarah
Tarikh 9/4/09 (Khamis)
Kelas 5K3
Tajuk Pakatan Murni Pra-Perikatan
Objektif
  1. Menyatakan maksud Pakatan Murni
  2. menyusun langkah-langkah yang dijalankan oleh pemimpin tempatan dalam merealisasikan Pakatan Murni.
Kaedah/Aktiviti
  1. Aktiviti berkumpulan:
  • mencari maklumat berdasarkan buku teks m/s 119-121
  • melengkapkan jadual langkah-langkah yang dijalankan oleh pemimpin tempatan dalam merealisasikan Pakatan Murni iaitu dari aspek tarikh,perkara atau parti terlibat,tokoh dan cadangan yang dikemukakan.
  • Membuat catatan di papan tulis mengikut tugas yang telah diagihkan kepada setiap kumpulan.
  • Perbincangan.
Kbkk membuat urutan
Nilai/Unsur patriotisme semangat kekitaan.
Konsep/Istilah
  1. Pakatan Murni
  2. Pra-Perikatan
Refleksi Pelajar bekerjasama mencari maklumat berkenaan.


Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 9/4/09 (Khamis)
Kelas 6AK3
Tajuk Peranan Golongan Thakin dalam gerakan nasionalisme di Burma.
Objektif
  1. Menyatakan maksud Thakin
  2. Menjelaskan peranan golongan Thakin dalam perjuangan pembebasan Burma.
Kaedah/Aktiviti
  1. pembentangan oleh kumpulan Wesley
  2. soal jawab antara pembentang, guru dan pelajar.
  3. rumusan pembentangan.
Kbkk menghubungkait.
Nilai/Unsur patriotisme bersemangat setia negara.
Konsep/Istilah Thakin
Refleksi Pembentangan selesai. Bagaimanapun, keadaan di luar kelas yang agak bising kerana pelajar-pelajar sesi petang sudah berkumpul di beranda, agak mengganggu pembentangan.


Mata pelajaran Sejarah 2
Tarikh 9/4/09 (Khamis)
Kelas 6AK1
Tajuk Peranan golongan Pongyi dalam gerakan nasionalisme di Burma.
Objektif Menghuraikan peranan golongan Pongyi dalam gerakan nasionalisme awal di Burma.
Kaedah/Aktiviti
  1. pembentangan oleh kumpulan Andrete
  2. soal jawab antara pembentang, guru dan pelajar.
  3. rumusan pembentangan.
Kbkk menganalisis
Nilai/Unsur patriotisme bersemangat setia negara.
Konsep/Istilah Pongyi
Refleksi Pembentangan berjalan lancar.


Tarikh
10/4/09 (Jumaat)
Catatan
Cuti umum sempena Good Friday

1 comment:

  1. Thanks for sending your updated weekly teaching plans

    ReplyDelete